Tuesday 26 June 2012

Sejarah Asal Usul Bidayuh

Bidayuh Sarawak

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:

  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  1. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
  1. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  1. Bukar/Sadong (Daerah Serian)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme.
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.

Bidayuh Indon

Suku Dayak Bidayuh merupakan sub-suku dari suku Dayak rumpun Klemantan yang merupakan sub-bagian dari kelompok Ribunic/Jangkang yang terdiri atas suku Dayak Ribun, suku Dayak Pandu, suku Dayak Pompakng, suku Dayak Lintang, suku Dayak Pangkodatn, suku Dayak Jangkang,Suku Dayak Simpakng dll.
Suku Dayak Bidayuh adalah salah satu dari tujuh suku besar Dayak di Kalimantan (Murut, Banuaka, Ngaju, Iban, Kayan, Ma'anyan, Bidayuh),yang sebagian besar populasinya mencakup wilayah kabupaten Sanggau, Ketapang, dan sebagiannya menyebar di wilayah Sekadau dan Bengkayang. Suku Dayak Bidayuh juga banyak terdapat di daerah Noyan,Kembayan, Sanggau, Kabupaten Sanggau. Di desa Tanjung Merpati, Ngalok, Mobui,Sejuah, Sungai Bun, Tanap, dan desa-desa sekitarnya adalah basis dari bidayuh ini. Ada beberapa ahli yang sempat meneliti asal-mula bidayuh ini. Tapi, tak satupun yang otentik dan menyangkut seluruh sendi kehidiupan masyarakat bidayuh. Menurut Prof. Richard McGinn suku dayak Bidayuh memiliki hubungan kekerabatan yang dekat dengan suku dayak Bukar-Sadong. Kedua suku dayak ini memiliki hubungan kekerabatan pula dengan saudaranya suku Rejang di Sumatera. Itulah sebabnya mengapa di Sarawak ada nama sungai Rejang, sedangkan di Sumatera ada nama suku Rejang. Nenek moyang mereka hidup di antara tiga sungai yakni sungai Rejang, sungai Bukar dan sungai Sadong. Mengapa dan bagaimana? saudara suku dayak Bidayuh dan Bukar Sadong, yakni suku Rejang ini ada di Sumatera.

Sebagaimana diceritakan oleh Kepala Adat Suku Dayak Bidayuh bapak Amin, bahwa nenek moyang Suku Dayak Bidayuh berasal dari Sungkung yang mendiami Gunung Sijakng Singulikng di wilayah Kabupaten Bengkayang yang bernama Siang Nuk Nyinukng. Keturunan-keturunan Siang Nuk Nyinukng yang menyebar atau berpindah ke daerah-daerah, yaitu:


1.      Lipot Limang pindah dan masuk ke wilayah Sebujit Kecamatan Siding Kabupaten Bengkayang.
2.      Biu Samak Milib pindah ke wilayah Janggoi Sikalo, Subah Belatak, Jagoi Bung Jawid, yaitu suatu daerah di wilayah Bau Serawak Malaysia.
3.      Slutok Slunukng pindah k eke daerah Menyuke Kabupaten Landak.
4.      Buta’ Sebangam masuk dan pindah ke wilayah Lara Senayukng (suku Bekatik), Sangau Beliok (Kampung Riok).
5.      Aloi No’nian pindah ke daerah Stas di wilayah Serawak Malaysia.
6.      Maka’, Kos Mu’Layankng dan Gonkng Maluoi pindah ke daerah Gumbang Serawak Malaysia.
7.      Mangang masuk dan pindah ke wilayah Siding Kecamatan Siding Kabupaten Bengkayang.
8.      Titi Ayunt pindah ke daerah Guun Serawak Malaysia.
9.      Obos masuk ke daerah Trenggos Serawak Malaysia.
10.   Tu’Laju pindah ke daerah Biak Serawak Malaysia.
11.   Asokng Boas masuk dan pindah ke wilayah Blimbant Serawak Malaysia.


Kaitan na dengan Kampung Sangai??
Sememang na adup Bisangai memang berasal masu Indon, Kalimantan Barat. Aku pn lagi muda dengan mentah. Jadi kai aku tentu puan tentang sejarah kampung kita. Da aku pasti Bidayuh memang berasal masu kapunten mungkin g " kabupaten". Kuan nya sani bisangai mula masu kampung sangai meringgu. da aku puan crita bisangai masu kampung sangai meringgu saja. Sien saja da puan aku.

Harap kita sama membaca..